Sunday, August 21, 2016

Mengambil spesimen darah

Prosedur : Mengambil spesimen darah



1. Semak nota kes (BHT) untuk tentukan spesimen darah yang diarahkan
2. Isikan borang spesimen yang telah ditandatangani doktor
3. Label botol / bekas spesimen
4. Sediakan peralatan







5. Beri salam dan ucap selamat
6. Beri penerangan tentang prosedur
7. Posisikan pesakit dalam kedudukan yang sesuai
8. Alas dan dedahkan tangan yang hendak diambil darah
9. Cuci tangan
10. Pakai glove
11. Pasang tourniquet dan suruh pesakit genggam tanganya
12. Ken s lpasti vena yang hendak diambil darah
13. Bersihkan tempat yang telah dikenalpasti dengan swab alkohol
14. Sambungkan jarum dengan syringe
15. Tarik piston beberapa kali untuk menentukan ianya tidak.ketat
16. Pegang syringe dengan bevel/jarum menghala ke atas
17. Cucuk jarum ke dalam vena yang telah dikenalpasti.( Jika dalam vena kelihatan darah dalam syringe)
18. Aspirate darah ke dalam syringe mengikut amaun yang dikehendaki
19. Lepaskan ikatan tournequet
20. Pegang swab beralkohol berdekatan tempat kemasukkan jarum
21. Keluarkan jarum dari vena
22. Tekan tempat tusukan dengan swab beralkohol selama 1 minit
23. Masukkan spesimen darah ke dalam botol/bekas
24. Selesakan pesakit
25. Kemaskan peralatan
26. Hantar spesimen ke makmal

No comments:

Post a Comment